Majlis Maulid

Majlis Maulid

Monday 22 April 2013

FOTO : Kursus Kesempurnaan Solat Sesi 1 (20 APR 2013 | Masjid Ar Rahimah, Kg Pandan)

Alhamdulillah selamat sudah Kursus Kesempurnaan Solat Sesi 1 yang telah dijalankan di Masjid Ar Rahimah, Kg Pandan pada 20 Apr 2013 Sabtu.  

Seawal 7 pagi petugas kursus  Darul Mahabbah sudah bersedia dengan sarapan pagi.  Kursus bermula sebaik sahaja semua peserta selesai makan.

Kursus ini telah dibimbing oleh Ustaz Ahmad Faidzal Al-Hafiz sendiri.

Antara aktiviti yang telah dijalankan:

1- Praktikal Wudhuk
2- Praktikal Tayamum
3- Praktikal Bacaan Solat.
4- Praktikal Masbuk

Pelajaran teori juga termasuk berkenaan pembahagian air, bersuci, rukun solat fardhu dan sunat (Muakkad dan Hai'ah) dan banyak lagi.

Kami sempat solat jemaah Zuhor dan Asar bersama Imam Masjid Ar Rahimah sendiri.

Di bawah adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang diambil sepanjang aktiviti dijalankan.











Kursus tamat pukul 6 lebih petang dan diakhiri dengan sessi fotografi para peserta.  Banyak ilmu bermanfaat yang kami dapat disamping dapat berkenalan dengan peserta kursus yang lain.





Sekian.



No comments:

Post a Comment