Majlis Maulid

Majlis Maulid

Tuesday 19 February 2013

Friday 15 February 2013

Tazkirah : Selawat pada hari Jumaat


Hadis Nabi Muhammad SAW:
اكسروا صلاه علي في اليوم الجمعه
" Banyakkan selawat ke atasku pada hari jumaat..."
- Ustaz Ahmad Faidzal AlHafiz

Aktiviti : SENAMAN MELAYU TUA


Mari belajar teknik SENAMAN MELAYU TUA untuk mengekalkan pernafasan dan menjaga kesihatan bersama kami di Darul Mahabbah.


SENAMAN Tua telah diasaskan Prof Dr. Azlan Ghanie, yang berasal dari Pahang bertujuan untuk memperkuatkan fizikal dan mental.


Antara Faedah Senaman Tua :

- Meningkatkan kecergasan, keceriaan dan keyakinan diri

- Menguatkan otot jantung dan paru-paru
- Memperbaiki sistem penghadaman dan selera makan
- Meningkatkan daya ketahanan badan
- Mengekalkan kekuatan otot dan tulang untuk memudahkan 
pergerakan
- Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul
- Membantu tidur lebih lena
- Memperbaiki peredaran darah dan melindungi dari serangan 
sakit jantung

Sila berikan nama bagi yang berminat.


Wednesday 13 February 2013

Tazkirah : Solat Awal Waktu


Nasihat guru kami, Ustaz Ahmad Faidzal ketika kami lalai dgn duniawi: "Lain kali jaga waktu tu sikit, dah nak azan berhentilah, pergi solat dulu, takkan tak tau nam agungkan Allah. Solat yang paling disukai ialah solat diawal waktu jadi bersedialah untuk tunaikan solat, bukan sibuk dengan dunia. Kita minta dengan Tuhan macam-macam, Tuhan minta dengan kita sikit pon tak perasan."